Aku singgah melihat-lihat di sebuah Rumah Rehat yang dinamakan Aina A Rest House Dungunyang terletak di Kampung Sura Tengah dan berhadapan dengan pantai laut biru China Selatan. Melihat sendiri fasiliti yang disediakan, harga bilik, dekorasi dan laman berseni. Berbaloi jika anda  menyewa di sini. Bagi pelawat yang mencari penginapan ini, bolehlah ke kawasan Pantai Peranginan Teluk Lipat Dungun, ambil jalan terus ke UiTM Dungun (jika anda dari arah Kuala Dungun) tetapi jangan terus sampai ke penghujung jalan, anda perlu melihat papan tanda sebagai panduan ke kawasan penginapan ini yang terletak di sebelah darat bukan pantai. Mudah sahaja. Hanya perlahankan kenderaan anda sambil menghayati panorama pantai sebelum sampai ke penginapan ini. 

 Pemandangan hadapan Aina A Rest House Dungun yang menghadap suasana pemandangan kampung.

Rekabentuk bangunan dua sayap kiri dan kanan yang terletak di tengah-tengah kampung berpohonkan kelapa tinggi yang sangat banyak. Kedua-dua sayap bersambung dengan satu bangunan melintang di bahagian belakang yang menghadap laut. 

Koridor atau laluan tepi untuk ke setiap bilik. Dekorasi dinding, corak lantai, atap, pagar laluan sungguh indah dan ada sentuhan sedikit tradisional klasik. 


Fasiliti di dalam bilik. 


TV tergantung pada dinding begitu menjimatkan ruang.


Ruang tandas dan bilik mandi.


 Fasiliti di bilik lain yang disediakan di sini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, May 30, 2011 0 orang royak doh

Di Sura Hujung, Dungun mempunyai dua taman riadah. Taman yang lama terletak di berdekatan dengan UiTM Dungun menghadap pantai. Taman ini menjadi kunjungan aku sejak dahulu. Peluang pulang ke kampung yang amat jarang diperolehi membuatkan aku tidak tahu rupanya ada taman baharu yang terletak di sebelah jalan belakang UiTM Dungun. Ia dinamakan dengan nama Taman Tasik Tanjung Sura Dungun. Dibina berdekatan dengan alur yang mengalir ke Tasik berhampian UiTM dan terus ke laut. Taman ini mempunyai trek untuk berjogging, kawasan permainan kanak-kanak, dan beberapa kurungan burung-burung untuk menjadi tatapan pelawat. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa. Tiada tiket kerana ia berkonsep taman terbuka. Ada tandas awam yang bersih, kedai makan dan runcit. Sesuai untuk seisi keluarga. Taman ini bersih dan elok untuk berehat-rehat sambil melihat burung, bersenam dan menghayati flora dan fauna. Alur air yang mengalir tenang mengusik jiwa. Aduh! Datanglah untuk menjiwainya. 


Tumbuhan jenis Mengkuang laut agakkan aku. 


 Trek berjalan dan berjogging.


 Hiasan lampu trek bercirikan kayu tradisional.


Kurungan burung.


 Antara spesis burung yang ada. Kecil kurungan, walau tidak sebesar Taman Burung Kuala Lumpur, ia cukup menghiburkan pelawat setempat.


Kurungan burung yang lain.


Burung-burung yang berwarna-warni.

Burung putih bersayap koko.


Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, May 29, 2011 0 orang royak doh

Muzium Dungun di waktu pagi.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 26, 2011 0 orang royak doh

Burung Tiung Gembala Kerbau asyik berlarian di tanah berumput pasir sekitar Taman Bandar Teluk Gadung, Sura Hujung, Dungun.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, May 25, 2011 2 orang royak doh

Sekitar panorama di Tasik Sura Hujung, berdekatan dengan Uitm Dungun, Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG 1 orang royak doh

Teluk Gadung, Sura Hujung, @Dungun.

Imbauan oleh/Posted by AWANG 1 orang royak doh

Susur keluar LPT Tol Jabor, masuk ke jajahan takluk Bumi Terengganu,masuk semula ke bumi Pahang, Sungai Ular. Perjalanan melalui jalan pantai menuju ke Kemaman, Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, May 24, 2011 1 orang royak doh

LPT jambatan berdekatan Hentian Temerloh. Redup sejuk aman di bumi Pahang, tanah Pantai Timur.

Imbauan oleh/Posted by AWANG 1 orang royak doh

Dalam perjalanan dari Pantai Barat ke Pantai Timur, singgah rehatlah di sini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG 1 orang royak doh

Orang Terengganu panggil benda ini gorek.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, May 21, 2011 0 orang royak doh

Bunga keluduk/keduduk/seduduk atau bunga senduduk yang biasa tumbuh melata di tepi jalan di kampung-kampung atau pinggir bandar di Malaysia. Bunganya yang sungguh cantik dengan warna ungunya menyerlahkan kontrasi dengan warna hijau daun-daunnya. Di Terengganu sepanjang jalan di kampung-kampung ia menjadi landskap semulajadi. Bila bunganyan kembang ia mengindahkan pemandangan sekitar.

Pokok keluduk/keduduk/seduduk adalah sebutan loghat Terengganu berbeza dengan sebutan formalnya iaitu senduduk. Pokok ini amat popular bagi kanak-kanak sememangnya di Terengganu kerana ranting dahannya yang banyak berbentuk huruf Y dipotong untuk dijadikan rangka asas lastik burung. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati kerana rama-rama suka bertelur di pokok ini dan proses metamorphorsis berlaku di sini iaitu ulat bulu yang amat suka memakan daun-daunnya. Perlu hati-hati jika jari terkena bulu bisa ulat tersebut alamat bengkak jari.


Warna ungu bunga ini pula menjadi unik apabila menjadi umpamaan...

"Weiii...lawo baju mung....ungu cherlö..."

"Lawo sungguh! Macang warne ungu keluduk..."

Selain itu warna biru bunga ini juga biasa dijadikan perumpamaan.


Itulah uniknya orang Terengganu, menggunakan warna alam di sekitarnya untuk mengumpamakan warna-warni sesuatu benda atau perkara.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 19, 2011 1 orang royak doh

Mandi - dok basoh... (padahal habis air se koloh...)

Makan - dok kenyang... (konon dok lalu makang tapi lalu je sapa peruk sééh...)

Tidur - dok jeneghe/jenere... (cukuk taing tedo gök...)

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, May 17, 2011 0 orang royak doh

[Pahik-Lepang] [Manih-Leting] [Masang-Ghebang] [Tawo-Hebe]
[Masing-Pekok] [Pedah-Desik]


Itulah rasa lidah orang Terengganu tatkala merasa juadah harian. Apa rasa anda di negeri lain?

SELAMAT HARI GURU! C.H.E.K.G.U

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, May 16, 2011 0 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir