Sebelum ke Teluk Bidara Dungun, anda akan melalui Kampung Seberang Pintasan. Panorama di sekitar kampung ini sungguh Indah. Aku mengambil beberapa gambar di antara kampung Seberang Pintasan dan teluk Bidarai. Sungai kecil atau mungkin alur yang mengalir ke muka Kuala Dungun dan Laut China Selatan.

 Jambatan kecil yang muat-muat kenderaan seperti kereta yang melintasi sungai kecil atau alur, aku masih tertanya-tanya apakah nama sungai kecil/alur ini? Mungkinkah ia sebatang alur?


 Dua buah wakaf di kanan dan kiri. Boleh rehat-rehat menikmati panorama kampung nelayan di sini.


 Aliran air dari sebelah Teluk Bidara, Dungun.



 Aliran air ke arah Kuala Dungun dan Laut China Selatan.


Panorama yang begitu cantik. Berbalam-balam Bukit Bauk dari kejauhan.



Di sini aku rasa boleh dijadikan kawasan yang diminati oleh jurugambar-jurugambar samaada amatur atau profesional. Ini kerana panorama di sini begitu indah dengan alamnya, cuacanya dan keredupan sekeliling.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 31, 2012 0 orang royak doh

Buah apa - gambar di Bawah? Buahnya ini diambil melalui lensa tumpu di Pantai Peranginan Teluk Lipat, Dungun. Buahnya umpama bentuk buah durian tetapi saiznya kecil sahaja.

Rasanya orang biasanya dengan pantai tahu buah ini. Buah pokok Rhu. Tak boleh dimakan. Buahnya kering gugur banyak ke tanah. Pokok-pokok Rhu ini banyak tumbuh di tepi pantai, tapi ada juga ditanam sebagai tanaman landskap. 

Tahukah anda di Terengganu banyak nama tempat dinamakan sempena nama pokok Rhu. Di daerah Marang begitu banyak nama tempat/kampung menggunakan nama Rhu. Antaranya yang terkenal (dan jika kita melalui jalan Kuantan ke Kuala Terengganu sebelah pantai) ialah Rhu Muda dan Rhu Rendang, manakala aku tak pasti samaada Rusila termasuk ke atau tidak kerana ejaannya ialah RUSILA bukannya RHU SILA. Mungkin termasuk cuma ejaannya berbeza dan dua patah perkataan dijadikan sepatah perkataan. Seterusnya ialah Rhu Renggeh. Jika anda mencari di internet banyak lagi nama tempat di Terengganu bersempena nama pokok Rhu ini antaranya Ru Tebal, Ru Lima, Ru Dua-semua di Marang, Ru Tujuh -di Kuala Terengganu, Rhu Sepuluh dan Rhu Tapai-di Setiu), dan di Besut dan Kemaman aku tidak tahu. Kalu sape tahu kabo!


Kalau di Dungun, nama tempat bersempena dengan nama pokok rhu ini ialah Rhu Batil yang terletak berdekataan dengan Kuala Abang.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, May 29, 2012 0 orang royak doh

Sungai memang sinonim dengan geografi dalam negeri Terengganu. Paparan kali ini ialah Sungai Dungun dan muara sungai Dungun yang dikenali sebagai Kuala Dungun. Panorama yang indah melalui lensa waktu April 2012 yang lalu.

Banyaknya bot!-sedang bersauh labuh di muka kuala.


 Pasar Dungun dari atas jambatan baru. kelihatan seperti tongkang-mungkin kapal korek pasir mendalamkan muka kuala.


Orang Dungun panggil benteng sungai ini sebagai bbéténg. 


 Cantik tak cantik tak! 


Perahu, bot dan sebagainya yang merupakan pengangkutan air di sungau tepi Kampung Seberang Pintasan. 


 Aliran sungai dari sebelah Sungai Pimpin yang mengalir ke arah sungai Dungun. Sebenarnya Sungai Pimpin itu tak berapa nampak, nanti aku akan mengambil gambarnya.


Sungai Dungun lensa ke arah hulu, aliran sungai dari Kampung Sungai Buaya. 


Perhatikan sungai yang tenang. Tebing di sebelah kanan ialah kawasan Sungai Pimpin dan Kampung Rajawali, ke belakang jauh ialah tebing Kampung Pulau Serai. Tebing di sebelah kiri ialah Kampung Sungai Buaya, ke belakang jauh ialah tebing Kampung Nibong Bawah dan Kampung Tanjung Pagar.



Kuala Dungun sungainya tenang
Kadang berombak perahu lalu
 Pekannya kini berlalu lalang 
Bandar Kuala tempat tertumpu

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, May 27, 2012 0 orang royak doh

Setelah hampir setahun yang lalu aku mengambil gambar Pantai Teluk Bidara, aku singgah semula ke sana untuk mengambil gambar terkini. Hayatilah.


Pohon kelapa dua nan batang. Cantik melambai daunnya. 


 Mengkuang laut? Aku tak pasti.


 Dok soh béng mandi. Kalu mung mandi mung babéi. Maksud aku degil.


Kayu usang berukir. Nampak klasik dan cantik. Aku rasa papan tanda yang telah lama rosak, dan menjadi usang. 


 Laluan pejalan kaki konkrit berpagar jingga konkrit rekabentuk melayu tradisional. Hati-hati memijak. Agak licin kalau lepas hujan atau pagi-pagi. Mungkin air pasang sampai ke situ waktu sebelumnya. Perhatikan warna merah di sebalik rimbunan pokok. Itu adalah rumah api.


Pantai Teluk Bidara. 


 Aku sekeluarga beredar setelah mengambil gambar papan tanda konkrit warna lembut dengan ukiran kepala perahu tradisional, aku rasa mungkin kepala burung.



Angin bayu nyaman sekali
Lautan biru seluas pandang
Teluk Bidara ku kan kembali
Pantai indah ku kan bertandang

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, May 26, 2012 0 orang royak doh

Rumah Tele binaan klasik Melayu Terengganu sedang dibina di Dungun semasa aku meronda-ronda sekitar laluan Kampung Nibong Bawah menuju ke Kampung Tanjong Pagar pada minggu akhir bulan April yang lalu. 


Sila ke sini untuk aku ceritakan perihal Rumah Tele ini selanjutnya : Rumah Tele Nibong Bawah.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 24, 2012 0 orang royak doh

Sebelum pulang ke kampung baru-baru ini, aku telah berkira-kira untuk membawa keluarga ke tempat ini. Aku rasa sejak dari zaman aku sekolah lagi temoat ini pernah wujud, tapi aku tidak pernah singgah. Hanya memandang sekilas lalu sama ada dalam perjalanan ke Kuala Terengganu atau semasa pulang semula ke Dungun. Peluang ke kampung baru-baru ini, aku mengambil peluang ke sini : Pusat Penerangan Penyu atau Turtle Information Center yang terletak di Rantau Abang, Dungun, Terengganu.

Papan tanda di bangunan masuk depan. Kena ada, untuk pastikan anda berada di tempat yang betul. Jangan salah masuk bangunan.


 Sebelum masuk bagi salam dahulu. Kaunter daftar pelawat-ada kakitangan yang bertugas di sini, kalau anda pandai berloghat Terengganu, sila-sila kan kerana kakitangan di sini orang tempatan.


 Ruang pameran penuh dengan maklumat. Bergambar, bermaklumat untuk perkongsian.


 Bukan penyu sebenar. Adegan penyu mendarat di pantai dan bertelur. 


 Ruang pamer yang agar besar. 


 Bukan penyu sebenar 2. 


 Aku rasa ini bukan penyu yang berasal dari Bulatan Ladang Kuala Terengganu.


Musuh-musuh penyu. Bukan The Red Warrior, The Red Giant, Sang Rusa atau Lion Twelve mahupun 
T-team sendiri.


 Teka apa di dalam? Ini adalah telur-telur penyu yang dialihkan dari pantai yang diletakkan di dalam kotak gabus khas. Telur-telur ditanam di dalam pasir yang diletakkan di dalam kotak-kotak ini. Menunggu masa untuk menetas dan kemudian akan dilepaskan ke laut apabila tiba masa nanti. Aku kecewa ingat boleh tengok penyu betul, tapi dapat tengok kotak telur penyu sahaja.


Belilah untuk kepuasan anda sendiri. Cendera hati dan mata berlambangkan penyu.


Penyu dan kura-kura di Malaysia.


Komen :
Orang tidak ramai ke tempat ini. Mungkin orang tempatan tidak terlalu mengendahkan kewujudan pusat ini kerana mungkin selalu atau bila-bila masa boleh ke sini. Aku rasa pihak berkenaan boleh mewujudkan sesuatu majlis atau event supaya seboleh-bolehnya pusat ini menjadi tumpuan orang ramai dan terutama untuk kanak-kanak ke sini. Pihak sekolah sekitar negeri Terengganu mahupun di Dungun sendiri bolehlah membuat lawatan sehari ke sini. Kanak-kanak tadika tak kiralah sama ada milik swasta ataupun kerajaan boleh membuat lawatan ke sini bagi memberi manfaat, ilmu dan maklumat kepada mereka. Aku rasa pihak pusat ini juga boleh mengagak bila telur-telur penyu ini akan menetas dan mewar-warkan kepada masyarakat umum untu membuat upacara majlis pelepasan anak-anak penyu. Boleh bawa anak-anak kecil bagi mendedahkan mereka supaya mengenali dan menyayangi penyu. Aku pun teringin sama untuk menghadiri majlis itu kalau ada.

Komen aku :
Sedikit kecewa aku tak dapat tengok penyu hari itu, dapat tengok tuntung-tuntung sahaja dalam kolam di pusat tersebut.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, May 23, 2012 0 orang royak doh

Daun palas. Melayu Terengganu menyebutnya Palah. Banyak tumbuh di kampung-kampung melayu Terengganu. Selalu diambil oleh kanak-kanak untuk dijadikan permainan: sila ke sini. Pucuk muda diambil oleh orang dewasa untuk dijadikan bungkusan ketupat pulut. Tak perlu tunggu bulan puasa mahupun raya yang bakal menjelma : sila ke sini. Hari biasa pun dicari untuk dijadikan bahan bungkusan juadah ketupat pulut bentuk tiga segi berpucuk tiang tegak. 

Palah oh palah
Budok-budok ambik maing
Belajo jangang malah
Biar cerdik macang saing-saing

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, May 15, 2012 0 orang royak doh

Gambar-gambar yang diambil pada bulan Mei 2011 di sekitar pantai sebelah Kampung Seberang Pintasan dan Teluk Bidara Dungun. Hayati pemandangan dan panorama.

Pohon kelapa daun terbias cahaya mentari.


Rumput, nyiur, pasir, pantai, biru laut. Laman nan indah.


Awan, laut, pasir, nyiur-apalagi.


Laluan ke atas Bukit Api - Rumah Api, panduan daratan nelayan daerah Dungun.


Laluan ke Kampung Seberang Pintasan, Dungun.


Laluan selari dengan pantai. 


Rimbunan tumbuhan pantai. Aku tak tahu nama pokok ini. Mungkin aku pernah belajar sewaktu menadah buku geog dahulu.


Biru.


Nyiur sendeng sebatang birai pantai.  


Datanglah tuan-puan sekeluarga ke sini. Berkelah, main pasir, dan alami bayu dan bunyi deru ombak. Nyaman.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, May 14, 2012 0 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir