Bersantai di sini : Taman Bandar Teluk Gadung di dalam kampung berpantai Sura Hujung (Dekat ITM @ sekarang dinamakan Uitm Dungun).

Landmark!


Bukit ini pernah aku panjat dulu-dulu zaman remaja. Panjat tangga yang tinggi. Tangga ini wujud dahulu sejak aku sekolah rendah, kemudian dibina dalam tahun-tahun akhir 90an dibina pula jambatan merentangi apa yang dinamakan tasik di kawasan ini (walaupun begitu aku rasakan ia bukan tasik tapi sungai).


Macam tasik tapi aku rasa ia sungai yang mengalir dari arah Alur Tempoyak dan Balai Besar.


Kawasan ini dahulu ada jambatan untuk menyeberang ke bukit hutan dan pantai sebelah sana. Jambatan itu telah runtuh tak silap aku waktu setiap tengkujuh datang, air naik melimpah ke jambatan dan pereputan menyebabkan jambatan itu telah rosak teruk.


Di kawasan inilah apa yang aku katakan tadi tempat bermula jambatan tersebut. Wakaf yang ada sekarang ini pula menambah keindahan landskap sekitar kawasan ini. Redup tatkala petang.


Deretan nyiur kenek (renek dan kecil).


Bangku konkrit batu pasir tabur dan adunan pasir pantai.


Pandan laut? Aku rasalah nama pokok ini. Kalu saloh kabo!


Antara wakaf dan lot letak kereta yang disediakan. Deretan pohon rhu meredupkan kawasan.


Di celah-celah daunan.


Ruang berjalan. Dulu tadok pung!


Pemandangan yang indah!


Satu lagi dulu tadok pung-aku rasa gitulah. Lampu elektrik.


Tenang! 


Panorama!


Pasir. Air. Bukit. Banjaran ke Bukit Bauk.


Mung maghi la sining!


Datanglah!

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, June 4, 2012 1 orang royak doh

Pantai Batu Pelanduk! Di mana? Terletak di tepi jalan utama Dungun ke Kuala Terengganu (atau formalnya Kuantan - Kuala Terengganu) di Kampung Kuala Abang sebelum sampai ke Rantau Abang -orang Dungun memanggilnya Rata Abang.

Pantainya dan laut yang membiru.


 2011 dahulu dalam bulan Mei. Lensa aku menangkap Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Kuala Abang.


Inilah. Batu bukit besar tepi pantai menjadi lambang Pantai Batu Pelanduk. Maha Suci Allah.


Pantainya bersih. Batu besar berbukit yang menarik untuk bersantai berkelah bersama keluarga. 

 Pohon nyiur menjulang tinggi. Sinonim di tepi pantai. Di sini disediakan wakaf-wakaf untuk berehat dan berkelah.


 Rumput dan nyiur! Redup. Aku syorkan peminat pehobi DLSR amatur atau profesional ke sini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, June 2, 2012 0 orang royak doh

Laut malam lampu gemerlap
Tanda musim mencadat menjelma
Ketupat sotong sungguhlah sedap
Mana cukup seekor sahaja?


Memang sedap ketupat sotong. Aroma bau kuahnya. Rasa sotong yang lembut. Rasa enak pulut yang disumbat bak ketupat di dalam badan sotong tak cukup semangkuk. Agak-agak masterchef dunia boleh celen tak mokcik-mokcik kampung memasak ketupat sotong ini? Samakah rasanya?



Imbauan oleh/Posted by AWANG Friday, June 1, 2012 0 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir