Sebelum ini penulis ada menceritakan tentang perusahaan batik di Dungun yang diusahakan secara industri kecil. Kini penulis ingin mengajak untuk menjenguk proses membuat batek lukis secara ringkas ini.


Papan tanda premis industri kecil tersebut. Jangan masuk salah bangunan.


Kayu-kayu palang berbingkai bertingkat seumpama meja ini adalah untuk tujuan meletakkan kain putih sebidang yang diregangkan.


Kelihatan pekerja-pekerja sedang memasang kain putih kosong dan meregangkannya dengan menyucuknya pada paku tajam di tepi bingkai kayu ini.


Corak flora yang telah dilukis dengan pensel dan telah dicanting dengan lilin.


Corak flora yang telah diwarnakan. Cantik bukan walaupun belum siap sepenuhnya.


Masih dalam proses mewarnakannya.

Antara produk yang masih dalam proses pewarnaan.

Kelihatan kain ini seperti telah siap dalam proses pewarnaan. Mungkin masih ada lagi sedikit kerja-kerja finishing atau kerja-kerja pengemasan yang perlu dilakukan.


Kain yang telah siap dipamer di dalam bilik pameran.
Corak flora berlatar biru. Salah satu produk Za Batek.


Antara alatan. Canting, berus dan peralatan memasak lilin.


Pelbagai pilihan warna. Peminat kain batik boleh memilih corak dan pilihan warna. Singgahlah nanti di Za Batek. Harganya berbaloi-baloi.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, July 4, 2010

0 orang royak doh

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir