Suatu catatan pengalaman penulis dengan sedikit tambahan maklumat...





Apa itu Silinder Liquefied Petroleum Gas? Tak tahu. Kita selalu memanggilnya sebagai tong gas yang kebanyakkannya ada di dapur tuan-tuan dan puan-puan untuk memasak. Gambar di atas adalah kilang yang membuat silinder tong gas memasak ini.

Silinder-silinder yang disiapkan ini akan dihantar di Kerteh, Kemaman, Terengganu menggunakan lori untuk proses mengisi gas. Kertih adalah tempat pendaratan gas dari pelantar gas di luar pantai Terengganu yang dikendalikan oleh pihak Petronas. Setelah proses pengisian gas ke dalam setiap silinder ini siap, ia akan mula dihantar ke pihak penjual di seluruh negara.

"Inilah kilang yang membuat tong gas memasak : yang tuan-tuan dan puan-puan paka géh masok cak petronah - pakai gas memasak berjenama petronas. Kilang membuat tong gas 16.5 kg merupakan antara industri yang terletak di Kawasan Industri Pulau Serai. Dahulu di depan kilang ini ialah Kilang NST dan Berita Harian, tetapi pada akhir tahun 90an kilang akhbar tersebut berpindah ke Ajil, Hulu Terengganu, dan dahulu juga ada kilang kelapa sawit di tebing Sungai Dungun sebelah Pulau Serai tetapi telah lama ditutup dan bangunannya tinggal usang.

Sekarang industri berat di sekitar Pulau Serai ini hanyalah kilang yang tertera gambarnya di atas, satu kilang makanan dan beberapa deretan bangunan kecil untuk industri kecil. Gambar yang kedua yang tertera di atas terdapat satu tong gas di hadapan pintu pagar - itu adalah peti surat yang dibuat oleh kilang ini, unik!"

Jadi kalau tuan-tuan dan puan-puan memandang tong gas ini di dapur walau di dapur kering yang moden atau dapur basah ala kampung, ingatlah tong gas tuan-tuan dan puan-puan asalnya dari Dungun."



"GAS PETRONAS, GUNAKANLAH BUATAN MALAYSIA"

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, July 17, 2010

2 orang royak doh

  1. Unknown Says:
  2. Bagaimana cara untuk saya membeli silinder gas yg baru dalam kuantiti 500 unit? Ini adalah untuk menambah kuantiti tong yg ada di stor saya. T.kasih.

     
  3. Unknown Says:
  4. Bagaimana cara untuk saya membeli silinder gas yg baru dalam kuantiti 500 unit? Ini adalah untuk menambah kuantiti tong yg ada di stor saya. T.kasih.

     

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir