Berkaca hijau nun jauh cantiknya,
Tebing sungai tanda mercu,
Masjid Kristal berkilau cahayanya,
Alunan azan di masjid baharu...
Masjid Kristal berkilau cahayanya,
Alunan azan di masjid baharu...
Fakta Masjid Kristal :
Lokasi
Pulau Wan Man yang terletak di tebing Sungai Terengganu dan terletak dalam kawasan Taman Tamadun Islam Terengganu. Masjid ini juga dibina seperti Masjid Terapung yang terletak di Kuala Ibai, Terengganu dan Masjid Putrajaya di mana kedudukannya seolah-olah terapung di atas air.
Mercu
Masjid ini telah menjadi mercu tanda baharu bagi negeri Darul Iman ini. Walaubagaimanapun di negeri Terengganu mempunyai banyak lagi mercu-mercu tanda seperti Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung), Masjid Abidin (Masjid Putih-yang dbina pada zaman Sultan Zainal Abidin II), dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah (Masjid Ladang). Masjid Kristal amat mudah dilihat apabila anda dalam perjalanan di atas Jambatan Sultan Mahmud lantaran kedudukannya di tepi sungai dan pulau.
Keluasan
Masjid mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Ia boleh memuatkan 700 jemaah.
Teknologi
Kemudahan akses internet dan WiFi.

"Kita penuhi masjid kita dengan jemaah dan banyakkan ibadah"
0 orang royak doh