Susur keluar LPT Tol Jabor, masuk ke jajahan takluk Bumi Terengganu,masuk semula ke bumi Pahang, Sungai Ular. Perjalanan melalui jalan pantai menuju ke Kemaman, Terengganu.
Bunga keluduk/keduduk/seduduk atau bunga senduduk yang biasa tumbuh melata di tepi jalan di kampung-kampung atau pinggir bandar di Malaysia. Bunganya yang sungguh cantik dengan warna ungunya menyerlahkan kontrasi dengan warna hijau daun-daunnya. Di Terengganu sepanjang jalan di kampung-kampung ia menjadi landskap semulajadi. Bila bunganyan kembang ia mengindahkan pemandangan sekitar.
Pokok keluduk/keduduk/seduduk adalah sebutan loghat Terengganu berbeza dengan sebutan formalnya iaitu senduduk. Pokok ini amat popular bagi kanak-kanak sememangnya di Terengganu kerana ranting dahannya yang banyak berbentuk huruf Y dipotong untuk dijadikan rangka asas lastik burung. Walaubagaimanapun perlu berhati-hati kerana rama-rama suka bertelur di pokok ini dan proses metamorphorsis berlaku di sini iaitu ulat bulu yang amat suka memakan daun-daunnya. Perlu hati-hati jika jari terkena bulu bisa ulat tersebut alamat bengkak jari.
Warna ungu bunga ini pula menjadi unik apabila menjadi umpamaan...
"Weiii...lawo baju mung....ungu cherlö..."
"Lawo sungguh! Macang warne ungu keluduk..."
Selain itu warna biru bunga ini juga biasa dijadikan perumpamaan.
Itulah uniknya orang Terengganu, menggunakan warna alam di sekitarnya untuk mengumpamakan warna-warni sesuatu benda atau perkara.
Mandi - dok basoh... (padahal habis air se koloh...)
Makan - dok kenyang... (konon dok lalu makang tapi lalu je sapa peruk sééh...)
Tidur - dok jeneghe/jenere... (cukuk taing tedo gök...)
[Pahik-Lepang] [Manih-Leting] [Masang-Ghebang] [Tawo-Hebe]
[Masing-Pekok] [Pedah-Desik]
[Masing-Pekok] [Pedah-Desik]
Itulah rasa lidah orang Terengganu tatkala merasa juadah harian. Apa rasa anda di negeri lain?
SELAMAT HARI GURU! C.H.E.K.G.U
Hari ini 08.04.2011 genap setahun umur Blog Journey Terengganu. Terima kasih kepada semua pembaca dan followers kerana sudi menjengah, membaca, berkomunikasi, berkongsi pengalaman dan idea di dalam blog ini. Jutaan terima kasih. Teruskan membaca dan melawati blog Journey Terengganu - membawa citra dan budaya negeri berpanji hitam putih semenanjung pantai timur.
Blog ini genap setahun
Banyak cerita bermacam kisah
Terima kasih bertimbun-timbun
Kerna sudi membaca menjengah






