Guane gamok orang kite
2013 Melawat Teranung
Tahung lepah macang-macang cerite
2014 jom jupe mung di nung!
2.0.1.4 Tahun Melawat Malaysia.
Ya Allah. Kurniakanlah kerahmatan dan kesejahteraab kepada bumi Malaysia ini. Amin.
Singgah sebentar di Kuala Dungun,
Dua ribu sepuluh sudah luput,
Azam lepas sudah dibangun?
Azam kita hanya pada Kalendar Masehi? Azam pada Kalendar Islam bagaimana? Selamat Tahun Baru Dua Ribu Sebelas dari Journey Terengganu.
Penulis hanya menulis sebagai sekadar catatan peribadi di samping untuk berkongsi pengalaman dengan pembaca. Konsep penulis berkenaan blog Journey Terengganu adalah semata-mata blog sahaja bukan seperti web pelancongan yang penuh dengan maklumat yang begitu padat hingga memenuhkan ruang dan keserabutan dalam blog penulis. Ini kerana penulis percaya jika ada para pelancong yang ingin mengetahui lebih lanjut, mereka boleh ke link-link atau web rasmi agensi pelancongan , atau web rasmi hotel, syarikat penerbangan dan sebagainya yang meletakkan harga yang lebih tepat dan maklumat perjalanan yang lebih mudah. Penulis mengganggap pembaca atau pelancong lebih pintar dalam mencari maklumat yang lebih tepat berkenaan sesuatu yang berkaitan dengan harga, maklumat perjalanan dan sebagainya. Lebih-lebih lagi kadar hotel dan kadar tambang adalah perkara yang boleh ubah mengikut musim, mengikut kehendak pihak pengurusan, atau apa sahaja. Oleh itu penulis tidak mahu terikat meletakkkan apa-apa harga atau sumber maklumat seperti nombor telefon dan alamat sesuatu hotel. Ini kerana juga nombor telefon dan alamat boleh berubah malah pemilik pengurusan juga boleh bertukar. Nasihat penulis ialah pelancong-pelancong boleh mendapatkan maklumat yang lebih tepat di laman atau web rasmi sesuatu syarikat pengangkutan dan hotel. Walaubagaimanapun penulis akan meletakkan juga sedikit maklumat tersebut jika ia bersesuaian.
Oleh itu penulis hanya menulis secara diari dan biasa-biasa sahaja dalam blog ini dan hanya ingin memberi maklumat yang perlu sahaja diketahui oleh para pelancong mahupun pembaca. Penulis mengetengahkan konsep penulisan sastera Melayu dan sedikit komedi seperti pantun dan sajak dalam Bahasa Melayu rasmi dan loghat Terengganu. Selain itu perlu diingat, konsep blog dan konsep web adalah berbeza. Blog adalah catatan pengalaman, luahan, diari harian dan juga diselitkan dengan maklumat yang tidak membosankan. Ia bukan seperti web yang padat dengan maklumat dan kadang penuh dengan keserabutan seperti masuk ke laman web milik kerajaan dan web sesuatu syarikat. Blog perlu menarik sama ada dari segi penampilan seperti latar belakang dan sedikit sentuhan gambar, (walaupun ringkas tetapi perlu sedikit daya tarikan dan gambar tidak perlu dipenuhkan sebagai latarbelakang kerana ia akan menggangu tumpuan pembacaan), yang tidak serabut, tidak berat apabila mahu dibuka oleh pelantar pelayar, isi artikelnya menarik dan mempunyai gambar-gambar yang bersesuaian dengan artikel.
Apa yang dipaparkan sebelum ini adalah berkenaan destinasi pelancongan, makanan dan pakaian, budaya, sastera dan loghat Terengganu, lagu dan pantun dan permainan kanak-kanak Terengganu. Penulis percaya bahawa untuk menarik pelancong ke Terengganu bukan hanya semata-mata destinasi sahaja tetapi kesemuanya yang berkaitan dengan negeri dan rakyat berpanji hitam dan putih ini.
Walaubagaimanapun, pertandingan ini telah berjaya mencapai sasaran Kerajaan Negeri Terengganu kerana dengan ada blog-blog ini promosi pelancongan Terengganu telah berjalan secara percuma. Satu cara yang pintar oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam melaksanakan promosi pelancongan negeri Terengganu.
Find yourself in Terengganu, Jupe mung di nung-Terengganu
Bangunan persatuan anak-anak Terengganu dirasmi
![]() |
Tuanku Mizan Zainal Abidin diiringi oleh Ahmad Said tertarik dengan gambar-gambar yang dipamerkan selepas merasmikan bangunan baru Pesat di Kota Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - Utusan/Amin Farij Hasan |
KUALA LUMPUR 4 Okt. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini merasmikan Bangunan Persatuan Anak-Anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat) di The Strand, Kota Damansara, dekat sini.
Ketibaan Seri Paduka disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Yang Dipertua Pesat, Ramlan Ibrahim.
Tuanku Mizan kemudian menandatangani plak sebagai tanda perasmian bangunan milik persatuan tersebut.
Seri Paduka turut melawat bangunan empat setengah tingkat yang menelan kos RM4juta itu serta melawat pameran Pesat.
Bangunan tersebut menempatkan ibu pejabat persatuan di tingkat atas dan telah beroperasi sepenuhnya sejak 1 Ogos lalu.
Sementara lot-lot di tiga tingkat bangunan itu pula akan disewa untuk menjana pendapatan bagi membolehkan persatuan menggerakkan aktiviti untuk kepentingan ahli.
Terdahulu dalam ucapannya, Ahmad berkata, bangunan Pesat yang dibeli melalui pembiayaan kerajaan negeri itu merupakan sebahagian komitmen dan matlamat kerajaan dalam mengagihkan nikmat pembangunan kepada seluruh rakyat negeri tersebut khususnya di luar negeri Terengganu.
Beliau berkata, melalui pemilikan bangunan itu adalah diharapkan dapat mencapai hasrat untuk menyatukan orang Terengganu di Lembah Kelang serta bertujuan untuk menyampaikan maklumat dua hala antara rakyat dan kerajaan negeri tersebut.
"Adalah menjadi harapan agar Pesat mampu menjadi pangkalan kepada setiap anak Terengganu untuk mendapatkan maklumat terkini lagi sahih berkaitan negeri tersebut," katanya.
Menurut Ahmad, bangunan itu juga boleh menjadi medan untuk menjalankan aktiviti ekonomi serta pelaburan dan secara tidak langsung mampu menyumbang usaha untuk mempromosikan Terengganu.
Dalam pada itu, Ahmad juga memberitahu, pihaknya kini sedang giat melaksanakan pelbagai pembangunan masa depan negeri tersebut.
Antaranya, kata beliau, Terengganu akan berubah wajah menjadi bandar raya pesisir pantai dalam tempoh tiga tahun akan datang; menjadikan Tasik Kenyir sebagai pulau bebas cukai terbaru menjelang 2012 serta menaikkan taraf lapangan terbang Sultan Mahmud kepada lapangan terbang antarabangsa dan menjadikan kawasan sebelah lapangan terbang itu sebagai zon bebas perdagangan bagi industri berasaskan petroleum dan gas.
Penulis akan cuba menceritakan perihal negeri Terengganu di dalam blog ini dan perihal daerah Dungun dalam blog @Dungun. Mungkin nanti juga ada entri atau artikel yang sama akan dipaparkan di kedua-dua blog ini. Terima kasih kerana setia membaca dan teruskan mengunjungi blog penulis-Awang@Dungun.
Saat hampir waktu berbuka masing-masing diam menghadap meja makan dan menunggu azan. Dengar sahaja alunan azan maka doa berbuka puasa dibaca dan hidangan dijamah dengan tertibnya. Saat inilah paling unik dan menggembirakan-saat berbuka. Saat inilah juga semua surau dan masjid berdekataan berkumandang azan Maghrib.
Di sekitar semua kampung yang hampir dengan Bandar Dungun, begitu banyak masjid dan surau dan ini membuatkan kita akan mendengar alunan azan saling berselang seli. Sungguh indah! Masjid Tengku Intan Zaharah, Masjid Sungai Udang, Masjid Kampung Padang Jambu, Surau Kubur, Surau Bukit Chatak, Surau Alur Jejawi dan lain-lain lagi saling berkumandang azan. Rasa sungguh aman, tenteram dan penuh dengan syahdu tatkala waktu berbuka puasa. Indahkan!











