Waktu berbuka puasa di Dungun begitu indah dan unik sekali. Tidak perlu berdebar-debar menunggu azan Maghrib atau ternanti-nanti bilakah Bilal atau Muazin mengalunkan azan? Suasana sebelum waktu berbuka di semua masjid akan berkumandang bacaan Al-Quran. Di rumah-rumah pula sibuk di dapur, suri-suri rumah dan segala kerabat keluarga sibuk menghidangkan sajian juadah berbuka.
Saat hampir waktu berbuka masing-masing diam menghadap meja makan dan menunggu azan. Dengar sahaja alunan azan maka doa berbuka puasa dibaca dan hidangan dijamah dengan tertibnya. Saat inilah paling unik dan menggembirakan-saat berbuka. Saat inilah juga semua surau dan masjid berdekataan berkumandang azan Maghrib.
Di sekitar semua kampung yang hampir dengan Bandar Dungun, begitu banyak masjid dan surau dan ini membuatkan kita akan mendengar alunan azan saling berselang seli. Sungguh indah! Masjid Tengku Intan Zaharah, Masjid Sungai Udang, Masjid Kampung Padang Jambu, Surau Kubur, Surau Bukit Chatak, Surau Alur Jejawi dan lain-lain lagi saling berkumandang azan. Rasa sungguh aman, tenteram dan penuh dengan syahdu tatkala waktu berbuka puasa. Indahkan!

0 orang royak doh