Rumah tradisi Terengganu yang berlantai tinggi dari tanah dan banyak tiang menjadikan kawasan bawah rumah sebagai tempat yang boleh digunakan sebagai kawasan simpanan kayu, simpanan atap bata (atap singgora), ampaian kain ketika hujan atau musim tengkujuh, dan ada yang menjadikan tempat letak kenderaan dari basikal hingga ke motokar (bas atau lori tidak muat).
Bagi kanak-kanak pula tiang-tiang bawah rumah ini dijadikan satu tempat bermain. Tiang-tiang rumah ini mempunyai tapak alasnya yang diperbuat daripada konkrit. Tiang dan alas tapak tiang konkrit ini dijadikan satu elemen dalam permainan tradisi Terengganu yang dinamakan Cuik Tiang atau dalam Bahasa Melayu iaitu Cuit Tiang.
Permainan ini boleh dimainkan kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jumlah pemainnya antara 5-8 orang tetapi tetap bergantung jumlah tiang yang ada. Jikalau tiang banyak pemain sedikit ia bagus kerana memberi peluang kepada pemain ini memilih mana-mana tiang. Cara permainan ini dimainkan ialah :

- Pengundian akan dijalankan seperti yang telah diterangkan sebelum ini, sila rujuk entri Undian bagi mendapatkan siapa yang akan menjadi pengejar yang akan pengejar pemain-pemain lain yang akan berpaut pada tiang.
- Setelah mendapat orang yang menjadi, pemain-pemain lain akan memijak tapak alas tiang konkrit dengan dua belah kaki dan memegang tiang. Pengejar akan berpijak pada tanah.
- Pengejar akan bersedia dan berwaspada untuk melihat siapa yang akan beralih tiang ke satu tiang. Setiap pemain boleh beralih dari satu tiang ke tiang yang lain dengan syarat mereka perlu berlari dengan sebelah kaki. Apabila sampai ke tiang baru, mereka boleh memijaknya dengan kedua belah kaki (pijak atas alas tapak konkrit tiang).
- Pengejar boleh mengejar pemain yang beralih tiang dengan berlari dua belah kaki. Pemain yang alpa dan lambat sampai ke tiang yang ingin dituju dan tiang tersebut berjaya dicuit dan ditawan oleh pengejar, maka pemain itu pula akan jadi pengejar.
- Proses permainan ini akan diteruskan sehingga masing-masing kepenatan dan bersetuju untuk berhenti dari bermain.
"Kadang permainan berhenti apabila orang atah rumoh maroh dek kerana bising bango bawoh rumoh, masing-masing pung senyak lari..."
0 orang royak doh