Di Kampung Chendering di tepi simpang
Menara Azan Ruang Bersolat
Ke Masjid Raja jangan menyimpang
Tempat Ibadah beramal dan taubat



Masjid Raja Chendering yang kadang kala dipanggil sebagai Masjid Raja yang terletak di tepi simpang masuk Kampung Chendering, Kuala Terengganu dan juga di tepi Jalan Utama Kuantan-Kuala Terengganu ini adalah masjid baharu yang dibangunakan menggantikan masjid lama yang asalnya dari binaan kayu dan ia dikatakan dibina dalam tahun 1951.

Masjid ini asalnya merupakan rumah kepada Kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Seri Wa Raja Tengku Abdullah yang memberikan rumah beliau kepada penduduk sekitar bagi menjadikannya sebuah masjid. Masjid asal ini keluasannya ialah 60 kaki persegi x 70 kaki persegi. Bahan binaannya adalah dari kayu cengal dan bercirikan bumbung Limas Bungkus dan Limas Belanda.

Gambar-gambar di atas adalah gambar proses pembinaan masjid yang baharu. Mungkin struktur bangunan masjid ini juga berkonsepkan warna putih seperti Masjid Abidin dan Masjid Tengku Tengah Zaharah. Konsep struktur dan senibina masjid ini juga semirip dengan Masjid Abidin yang terletak di Pusat Bandar Kuala Terengganu.



"Moga syiar Islam terpancar ke seluruh negeri dan dunia"

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, August 23, 2010

0 orang royak doh

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir