Keropok Lekor di Tanjung Piai, Johor Darul Takzim. Keropok lekor makanan tradisi pantai timur sampai ke kawasan Penghujung Selatan Tanah Besar Asia

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, December 25, 2011 0 orang royak doh

Terjumpa video ini (Terengganu Kite) di dalam youtube. Menarik. Silalah ke sini > Terengganu Kite.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, December 6, 2011 0 orang royak doh

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, December 5, 2011 0 orang royak doh

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, November 27, 2011 0 orang royak doh


Selamat Hari Raya Aidil Adha 10 Zulhijjah 1432H - 6 November 2011. Maaf zahir dan batin daripada Journey Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, November 6, 2011 0 orang royak doh


Mangak! Mangak!

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, October 29, 2011 0 orang royak doh

Cute tapi Nelang. Pasukan Bolasepak Terengganu telah berjaya ke Perlawanan Akhir Piala Malaysia Edisi 2011. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pasukan ini. Pasukan TITING (T-Team @ Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu : PBDKT T-Team) pula berjaya ke separuh akhir, walaubagaimanapun tahniah juga diucapkan kerana ia merupakan pencapaian positif untuk kelab dari negeri Terengganu iniu. Kepada pasukan Terengganu, sila teruskan usaha yang positif dan memenangi piala berperestij di Malaysia ini. Peteh Terengganu Peteh. Peteh Biar Nelah. Nelah Biar Nelang.


Nelang : Bengis, Bengkeng.
Nelah : Melecet.
Peteh : Bentesan / Tackle.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, October 24, 2011 0 orang royak doh



Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, October 18, 2011 0 orang royak doh

Digaji dipaku lepah diuko,
Dibuak laci ade bahagiang,
Kotak ke lauk bewane koko,
Dibawe sokmo perahu nelayang.


Kotak Ke Laut bewarna Koko buatan pandai kayu orang Terengganu.

Bahagian dalam Kotak Ke Laut. Mungkin tempat simpanan barang peralatan menangkap ikan dan barangan peribadi yang dibawa ke dalam perahu/bot nelayan.Kotak-kotak pemancing sekarang pula adalah dari plastik buatan dari kilang. Sila klik ke sini untuk lihat Kotak Ke Laut Berukiran. Warna Koko ialah warna coklat.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, October 12, 2011 0 orang royak doh

Grand Slam GP Joran 2011 di sekitar Pantai Teluk Lipat, Dungun, Terengganu anjuran Berita Harian.


Pemandangan pagi di Pantai Teluk Lipat, Dungun pada 02.10.2011.


Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, October 2, 2011 0 orang royak doh

Kuko Nyö. Kukur Kelapa.

Kukur kelapa diperbuat daripada kayu bermata besi bergerigi tajam hasil kepakaran pandai kayu orang Melayu Terengganu. Masih digunakan di dapur-dapur klasik orang Melayu Terengganu sehingga kini walaupun mesin bermotor memarut kelapa telah banyak digunakan sama ada di kedai-kedai runcit mahupun di rumah-rumah orang Melayu sekarang ini.



Kuko kuko Nyo
Mok kuko atah lata
Nok makang ikang sokmo
Ikang goreng lauk gula

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, September 14, 2011 3 orang royak doh

Aidilfitri - Journey Terengganu.


Selamat Hari Lebaran daripada @Dungun dan Journey Terengganu. Maaf zahir dan batin.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, August 30, 2011 2 orang royak doh

Selamat Menyambut Ramadhan 1432 Hijrah



Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, August 1, 2011 0 orang royak doh

Muzium Dungun antara muzium muda di negara kita yang baru menapak dan baru beroperasi dalam Negeri Terengganu. Ia merupakan bekas Rumah Pegawai Daerah yang dibina pada tahun 1941. Ia menyimpan pelbagai khazanah dan sejarah Dungun yang telah lama wujud di sebelah Pantai Timur Semenanjung di Kepulauan Alam Melayu ini.


Terletak di Jalan Besar Yahya Ahmad (Allahyarham Yahya Ahmad merupakan seorang bekas guru dan tokoh koporat di negara kita yang berasal dari Dungun) yang dibuka pada setiap hari Sabtu hingga Khamis dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan masuk adalah percuma. Ia ditutup pada hari kelepasan am dan Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha - Hari Raya yang pertama dan kedua sahaja. Aku menggalakkan penduduk setempat terutama anak-anak muda ziarah ke sini untuk mengetahui dan menambah pengetahuan berkenaan sejarah daerah sendiri. Galakkan untuk mengenali sejarah daerah kita sendiri patut dipupuk kepada anak-anak muda sekarang.


Papan tanda menarik di muka pintu masuk.


Kaunter salam menyambut pengunjung.


Paparan sejarah Rumah Pegawai Daerah Dungun yang kini menjadi Muzium Dungun.


Biodata daerah kita.


Sedikit sentuhan sejarah awal.


Hasil khazanah yang dipaparkan.


Tembikar-tembikar yang ditemui dalam Kapal Wanli yang karam di perairan Dungun.


Perhatikan tembikar sebelah kiri dari Dinasti Ming. Terukir Doa Makan!


Lagi hasil khazanah yang dipamerkan.


Hasil mineral dan alatan dari tinggalan Perlombongan Bukit Besi.


Sejarah ringkas tentang Peristiwa Penting dan tokoh-tokoh silam di daerah Dungun, antaranya Almarhum Sultan Yahya Siak dan Allahyarham Panglima Tambun.


Penerangan tentang Rantau Abang dan Pulau Tenggol.


Menarik! Ikan terkecil di dunia dijumpa Hutan Simpan Bukit Bauk. Ikan terkecil di dunia jenisPaedocypris yang berukuran 7.9mm.

Rel landasan keretapi zaman Bukit Besi yang dijumpai semasa kerja-kerja ubahsuai jalan di Bandar Dungun di kawasan Sura Gate.


Setelah tamat meneroka sejarah Dungun, jangan lupa menulis sedikit catatan pengalaman anda dan pendapat yang membina bagi menambahbaikan muzium kita ini. Sepanjang perjalanan meneroka sejarah di muzium ini anda akan dipandu oleh kakitangan muzium ini dan memberi sedikit penerangan kepada anda bagi mendapat maklumat dan pengetahuan yang lebih jelas. Gambat-gambar yang dipamerkan di blog @Dungun ini hanya sebahagian dari apa yang dipamerkan di Muzium Dungun. Nak tengok lagi, jom pakat gi Muzium Dungun!

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, July 27, 2011 2 orang royak doh

PETEH TERANUNG PETEH : KITE SENYUNG DI STADIUNG
(Sajak Sempena TERENGGANU JUARA PIALA FA 2011)

Sultan kite gembire senyung
Tengok bola di stadiung
Gol penyamaang taing nok abih doh pung!
Terkejuk ilang debö perlawanang disambung

MB kite senyung senang
Bile seri ade harapang buleh menang
Gété bola sane sini bola tinggi terbang
Kene peteh bangung smula bola ditendang

Coach kite berpeluh basoh berjeruk
Beri arahang maing jangang teruk
Biar sakik peluh dang jangang tersengguk
Biar menang gol bukang penalti yang buak debö peruk

Hasil tendangang sepakang suduk
Dari Ashaari sepak bola ke tengoh padang Joseph Kalang Tie tukangla tanduk
Ahmad Nordin Alias teruh sambung menendang masuk
Gol! Gol! Gol! Teranung juare kite pung suke sambuk

Kepada semua pemaing yang berjaye
Kite ucapkang tahniah atah usahe
Hok jatuh sakik sapa daroh kite dok seke
Semangak juang jerebba sepak tendang kite bangge

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, June 12, 2011 0 orang royak doh

Aku singgah melihat-lihat di sebuah Rumah Rehat yang dinamakan Aina A Rest House Dungunyang terletak di Kampung Sura Tengah dan berhadapan dengan pantai laut biru China Selatan. Melihat sendiri fasiliti yang disediakan, harga bilik, dekorasi dan laman berseni. Berbaloi jika anda  menyewa di sini. Bagi pelawat yang mencari penginapan ini, bolehlah ke kawasan Pantai Peranginan Teluk Lipat Dungun, ambil jalan terus ke UiTM Dungun (jika anda dari arah Kuala Dungun) tetapi jangan terus sampai ke penghujung jalan, anda perlu melihat papan tanda sebagai panduan ke kawasan penginapan ini yang terletak di sebelah darat bukan pantai. Mudah sahaja. Hanya perlahankan kenderaan anda sambil menghayati panorama pantai sebelum sampai ke penginapan ini. 

 Pemandangan hadapan Aina A Rest House Dungun yang menghadap suasana pemandangan kampung.

Rekabentuk bangunan dua sayap kiri dan kanan yang terletak di tengah-tengah kampung berpohonkan kelapa tinggi yang sangat banyak. Kedua-dua sayap bersambung dengan satu bangunan melintang di bahagian belakang yang menghadap laut. 

Koridor atau laluan tepi untuk ke setiap bilik. Dekorasi dinding, corak lantai, atap, pagar laluan sungguh indah dan ada sentuhan sedikit tradisional klasik. 


Fasiliti di dalam bilik. 


TV tergantung pada dinding begitu menjimatkan ruang.


Ruang tandas dan bilik mandi.


 Fasiliti di bilik lain yang disediakan di sini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, May 30, 2011 0 orang royak doh

Di Sura Hujung, Dungun mempunyai dua taman riadah. Taman yang lama terletak di berdekatan dengan UiTM Dungun menghadap pantai. Taman ini menjadi kunjungan aku sejak dahulu. Peluang pulang ke kampung yang amat jarang diperolehi membuatkan aku tidak tahu rupanya ada taman baharu yang terletak di sebelah jalan belakang UiTM Dungun. Ia dinamakan dengan nama Taman Tasik Tanjung Sura Dungun. Dibina berdekatan dengan alur yang mengalir ke Tasik berhampian UiTM dan terus ke laut. Taman ini mempunyai trek untuk berjogging, kawasan permainan kanak-kanak, dan beberapa kurungan burung-burung untuk menjadi tatapan pelawat. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa. Tiada tiket kerana ia berkonsep taman terbuka. Ada tandas awam yang bersih, kedai makan dan runcit. Sesuai untuk seisi keluarga. Taman ini bersih dan elok untuk berehat-rehat sambil melihat burung, bersenam dan menghayati flora dan fauna. Alur air yang mengalir tenang mengusik jiwa. Aduh! Datanglah untuk menjiwainya. 


Tumbuhan jenis Mengkuang laut agakkan aku. 


 Trek berjalan dan berjogging.


 Hiasan lampu trek bercirikan kayu tradisional.


Kurungan burung.


 Antara spesis burung yang ada. Kecil kurungan, walau tidak sebesar Taman Burung Kuala Lumpur, ia cukup menghiburkan pelawat setempat.


Kurungan burung yang lain.


Burung-burung yang berwarna-warni.

Burung putih bersayap koko.


Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, May 29, 2011 0 orang royak doh

Muzium Dungun di waktu pagi.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 26, 2011 0 orang royak doh

Burung Tiung Gembala Kerbau asyik berlarian di tanah berumput pasir sekitar Taman Bandar Teluk Gadung, Sura Hujung, Dungun.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, May 25, 2011 2 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir