Aku singgah melihat-lihat di sebuah Rumah Rehat yang dinamakan Aina A Rest House Dungunyang terletak di Kampung Sura Tengah dan berhadapan dengan pantai laut biru China Selatan. Melihat sendiri fasiliti yang disediakan, harga bilik, dekorasi dan laman berseni. Berbaloi jika anda menyewa di sini. Bagi pelawat yang mencari penginapan ini, bolehlah ke kawasan Pantai Peranginan Teluk Lipat Dungun, ambil jalan terus ke UiTM Dungun (jika anda dari arah Kuala Dungun) tetapi jangan terus sampai ke penghujung jalan, anda perlu melihat papan tanda sebagai panduan ke kawasan penginapan ini yang terletak di sebelah darat bukan pantai. Mudah sahaja. Hanya perlahankan kenderaan anda sambil menghayati panorama pantai sebelum sampai ke penginapan ini.
Pemandangan hadapan Aina A Rest House Dungun yang menghadap suasana pemandangan kampung.
Rekabentuk bangunan dua sayap kiri dan kanan yang terletak di tengah-tengah kampung berpohonkan kelapa tinggi yang sangat banyak. Kedua-dua sayap bersambung dengan satu bangunan melintang di bahagian belakang yang menghadap laut.
Koridor atau laluan tepi untuk ke setiap bilik. Dekorasi dinding, corak lantai, atap, pagar laluan sungguh indah dan ada sentuhan sedikit tradisional klasik.
Fasiliti di dalam bilik.
TV tergantung pada dinding begitu menjimatkan ruang.
Ruang tandas dan bilik mandi.
Fasiliti di bilik lain yang disediakan di sini.
0 orang royak doh