Sate ikang batu buruk
Kuoh pedah kuoh manih
Lame dok jupe jadi kemaruk
Dang jupe makang dok khelih



Sate Ikan Pantai Batu Burok Ogos 2012.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, December 30, 2012 0 orang royak doh

Beberapa hari lagi Tahun Melawat Terengganu akan tiba...


Billboard Ketibaan Domestik KLIA.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, December 29, 2012 0 orang royak doh


Berape ekor tahung ning? Mejik mane? Wak kak ane? Berapa riya sebahagiang?

Itulah dialog-dialog bila tiba Hari Raya Aidil Adha di Terengganu. Di tempat lain pun sama, cuma ikut slanga masing-masing.

Makan rojok kateh sedak gok ning?

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pengunjung Blog @Dungun dan Journey Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Friday, October 26, 2012 0 orang royak doh

Nasi Dagang hidangan tetamu
Kuah Aye belimbing begitu enaknya
Mohon maaf dari aku
Selamat Aidil Fitri untuk semua

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, August 19, 2012 0 orang royak doh


Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, July 21, 2012 0 orang royak doh

Dalam pencarian di dalam internet, sesawang menyatakan logo di atas ini merupakan logo rasmi Tahun Melawat Terengganu 2013. Logo ini ada persamaan sedikit dari segi warna dengan logo Tahun Melawat Terengganu 2008 dan penyunya ada persamaan sedikit dengan ikon Tourism Terengganu. Logo terbaru ini masih meletakkan penyu sebagai asas dan maskot utama, disertakan dengan ukiran kayu, dan ikon-ikon lain seperti kapal layar, matahari terbit/terbenam, laut biru tua dan muda. Ini semua pendapat aku berdasarkan apa yang aku lihat pada logo ini. Logo ini dengan warna yang cerah dan cher'lla-kata orang Terengganu bermaksud warna yang menyerlah dan silau, sesuai dengan menggambarkan keceriaan dan kegembiraan melancong di negeri Terengganu.


Tapi hatiku masih terikat dengan logo tahun 1997. Find yourself in Terengganu, Jupe Mung Di nung...




Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, July 1, 2012 0 orang royak doh

Bersantai di sini : Taman Bandar Teluk Gadung di dalam kampung berpantai Sura Hujung (Dekat ITM @ sekarang dinamakan Uitm Dungun).

Landmark!


Bukit ini pernah aku panjat dulu-dulu zaman remaja. Panjat tangga yang tinggi. Tangga ini wujud dahulu sejak aku sekolah rendah, kemudian dibina dalam tahun-tahun akhir 90an dibina pula jambatan merentangi apa yang dinamakan tasik di kawasan ini (walaupun begitu aku rasakan ia bukan tasik tapi sungai).


Macam tasik tapi aku rasa ia sungai yang mengalir dari arah Alur Tempoyak dan Balai Besar.


Kawasan ini dahulu ada jambatan untuk menyeberang ke bukit hutan dan pantai sebelah sana. Jambatan itu telah runtuh tak silap aku waktu setiap tengkujuh datang, air naik melimpah ke jambatan dan pereputan menyebabkan jambatan itu telah rosak teruk.


Di kawasan inilah apa yang aku katakan tadi tempat bermula jambatan tersebut. Wakaf yang ada sekarang ini pula menambah keindahan landskap sekitar kawasan ini. Redup tatkala petang.


Deretan nyiur kenek (renek dan kecil).


Bangku konkrit batu pasir tabur dan adunan pasir pantai.


Pandan laut? Aku rasalah nama pokok ini. Kalu saloh kabo!


Antara wakaf dan lot letak kereta yang disediakan. Deretan pohon rhu meredupkan kawasan.


Di celah-celah daunan.


Ruang berjalan. Dulu tadok pung!


Pemandangan yang indah!


Satu lagi dulu tadok pung-aku rasa gitulah. Lampu elektrik.


Tenang! 


Panorama!


Pasir. Air. Bukit. Banjaran ke Bukit Bauk.


Mung maghi la sining!


Datanglah!

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, June 4, 2012 1 orang royak doh

Pantai Batu Pelanduk! Di mana? Terletak di tepi jalan utama Dungun ke Kuala Terengganu (atau formalnya Kuantan - Kuala Terengganu) di Kampung Kuala Abang sebelum sampai ke Rantau Abang -orang Dungun memanggilnya Rata Abang.

Pantainya dan laut yang membiru.


 2011 dahulu dalam bulan Mei. Lensa aku menangkap Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Kuala Abang.


Inilah. Batu bukit besar tepi pantai menjadi lambang Pantai Batu Pelanduk. Maha Suci Allah.


Pantainya bersih. Batu besar berbukit yang menarik untuk bersantai berkelah bersama keluarga. 

 Pohon nyiur menjulang tinggi. Sinonim di tepi pantai. Di sini disediakan wakaf-wakaf untuk berehat dan berkelah.


 Rumput dan nyiur! Redup. Aku syorkan peminat pehobi DLSR amatur atau profesional ke sini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, June 2, 2012 0 orang royak doh

Laut malam lampu gemerlap
Tanda musim mencadat menjelma
Ketupat sotong sungguhlah sedap
Mana cukup seekor sahaja?


Memang sedap ketupat sotong. Aroma bau kuahnya. Rasa sotong yang lembut. Rasa enak pulut yang disumbat bak ketupat di dalam badan sotong tak cukup semangkuk. Agak-agak masterchef dunia boleh celen tak mokcik-mokcik kampung memasak ketupat sotong ini? Samakah rasanya?



Imbauan oleh/Posted by AWANG Friday, June 1, 2012 0 orang royak doh

Sebelum ke Teluk Bidara Dungun, anda akan melalui Kampung Seberang Pintasan. Panorama di sekitar kampung ini sungguh Indah. Aku mengambil beberapa gambar di antara kampung Seberang Pintasan dan teluk Bidarai. Sungai kecil atau mungkin alur yang mengalir ke muka Kuala Dungun dan Laut China Selatan.

 Jambatan kecil yang muat-muat kenderaan seperti kereta yang melintasi sungai kecil atau alur, aku masih tertanya-tanya apakah nama sungai kecil/alur ini? Mungkinkah ia sebatang alur?


 Dua buah wakaf di kanan dan kiri. Boleh rehat-rehat menikmati panorama kampung nelayan di sini.


 Aliran air dari sebelah Teluk Bidara, Dungun.



 Aliran air ke arah Kuala Dungun dan Laut China Selatan.


Panorama yang begitu cantik. Berbalam-balam Bukit Bauk dari kejauhan.



Di sini aku rasa boleh dijadikan kawasan yang diminati oleh jurugambar-jurugambar samaada amatur atau profesional. Ini kerana panorama di sini begitu indah dengan alamnya, cuacanya dan keredupan sekeliling.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 31, 2012 0 orang royak doh

Buah apa - gambar di Bawah? Buahnya ini diambil melalui lensa tumpu di Pantai Peranginan Teluk Lipat, Dungun. Buahnya umpama bentuk buah durian tetapi saiznya kecil sahaja.

Rasanya orang biasanya dengan pantai tahu buah ini. Buah pokok Rhu. Tak boleh dimakan. Buahnya kering gugur banyak ke tanah. Pokok-pokok Rhu ini banyak tumbuh di tepi pantai, tapi ada juga ditanam sebagai tanaman landskap. 

Tahukah anda di Terengganu banyak nama tempat dinamakan sempena nama pokok Rhu. Di daerah Marang begitu banyak nama tempat/kampung menggunakan nama Rhu. Antaranya yang terkenal (dan jika kita melalui jalan Kuantan ke Kuala Terengganu sebelah pantai) ialah Rhu Muda dan Rhu Rendang, manakala aku tak pasti samaada Rusila termasuk ke atau tidak kerana ejaannya ialah RUSILA bukannya RHU SILA. Mungkin termasuk cuma ejaannya berbeza dan dua patah perkataan dijadikan sepatah perkataan. Seterusnya ialah Rhu Renggeh. Jika anda mencari di internet banyak lagi nama tempat di Terengganu bersempena nama pokok Rhu ini antaranya Ru Tebal, Ru Lima, Ru Dua-semua di Marang, Ru Tujuh -di Kuala Terengganu, Rhu Sepuluh dan Rhu Tapai-di Setiu), dan di Besut dan Kemaman aku tidak tahu. Kalu sape tahu kabo!


Kalau di Dungun, nama tempat bersempena dengan nama pokok rhu ini ialah Rhu Batil yang terletak berdekataan dengan Kuala Abang.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, May 29, 2012 0 orang royak doh

Sungai memang sinonim dengan geografi dalam negeri Terengganu. Paparan kali ini ialah Sungai Dungun dan muara sungai Dungun yang dikenali sebagai Kuala Dungun. Panorama yang indah melalui lensa waktu April 2012 yang lalu.

Banyaknya bot!-sedang bersauh labuh di muka kuala.


 Pasar Dungun dari atas jambatan baru. kelihatan seperti tongkang-mungkin kapal korek pasir mendalamkan muka kuala.


Orang Dungun panggil benteng sungai ini sebagai bbéténg. 


 Cantik tak cantik tak! 


Perahu, bot dan sebagainya yang merupakan pengangkutan air di sungau tepi Kampung Seberang Pintasan. 


 Aliran sungai dari sebelah Sungai Pimpin yang mengalir ke arah sungai Dungun. Sebenarnya Sungai Pimpin itu tak berapa nampak, nanti aku akan mengambil gambarnya.


Sungai Dungun lensa ke arah hulu, aliran sungai dari Kampung Sungai Buaya. 


Perhatikan sungai yang tenang. Tebing di sebelah kanan ialah kawasan Sungai Pimpin dan Kampung Rajawali, ke belakang jauh ialah tebing Kampung Pulau Serai. Tebing di sebelah kiri ialah Kampung Sungai Buaya, ke belakang jauh ialah tebing Kampung Nibong Bawah dan Kampung Tanjung Pagar.



Kuala Dungun sungainya tenang
Kadang berombak perahu lalu
 Pekannya kini berlalu lalang 
Bandar Kuala tempat tertumpu

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, May 27, 2012 0 orang royak doh

Setelah hampir setahun yang lalu aku mengambil gambar Pantai Teluk Bidara, aku singgah semula ke sana untuk mengambil gambar terkini. Hayatilah.


Pohon kelapa dua nan batang. Cantik melambai daunnya. 


 Mengkuang laut? Aku tak pasti.


 Dok soh béng mandi. Kalu mung mandi mung babéi. Maksud aku degil.


Kayu usang berukir. Nampak klasik dan cantik. Aku rasa papan tanda yang telah lama rosak, dan menjadi usang. 


 Laluan pejalan kaki konkrit berpagar jingga konkrit rekabentuk melayu tradisional. Hati-hati memijak. Agak licin kalau lepas hujan atau pagi-pagi. Mungkin air pasang sampai ke situ waktu sebelumnya. Perhatikan warna merah di sebalik rimbunan pokok. Itu adalah rumah api.


Pantai Teluk Bidara. 


 Aku sekeluarga beredar setelah mengambil gambar papan tanda konkrit warna lembut dengan ukiran kepala perahu tradisional, aku rasa mungkin kepala burung.



Angin bayu nyaman sekali
Lautan biru seluas pandang
Teluk Bidara ku kan kembali
Pantai indah ku kan bertandang

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, May 26, 2012 0 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir