Keng...Keng...Keng...bunyi sayup-sayup dari atas pohon tinggi. Jika makin didekati pohon itu makin kuat bunyinya. Kibasan sayap dan dahan ranting kuat berbunyi dek terjahan singgah. Diintai dari bawah pohon didapati burung ini berparuh besar berwarna kuning lembut. Warna badannya hitam dan sedikit putih pada sayap dan ekornya. Eh! Macam mana burung ini boleh ada di sini. Agak jauh dari bumi kepulauan sana, adakah ia berhijrah atau memang spesis ini juga ada di sini?

Itulah Burung Ngekeng dan itulah pertanyaan penulis pada waktu kecil. Terkejut dengan kewujudan burung ini di Dungun satu waktu dahulu di kawasan Kampung Sungai Buaya. Rata-rata orang di Dungun memanggil burung ini Ngekeng. Penulis tidak pasti di daerah-daerah lain di dalam negeri Terengganu. Dinamakan Ngekeng kerana bunyi suaranya Keng...Keng...Keng. Bunyi suara yang nyaring dan boleh didengari di seluruh pelusuk kampung. Tambahan pula ia bergema dari atas pohonan yang tinggi.

Burung Ngekeng ini nama formalnya ialah Burung Enggang ataupun Hornbill dalam Bahasa Inggeris. Pelikkah atau memang spesisnya ada di Dungun?

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, October 28, 2010

2 orang royak doh

  1. Anonymous Says:
  2. http://www.skyscrapercity.com/forumdisplay.php?s=2f9a193d06f13bdf8a40da4465ec2a04&f=363

    Cuba tuan masuk forum ni. Forum ni adalah tentang senibina di terengganu. Mana tau tuan dapat sumbang sesuatu.

    Happy blogging..

     
  3. AWANG Says:
  4. Terima kasih saudara Asrul, forum tersebut menarik, banyak juga gambar-gambar.

     

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir