Kalau tuan ke kuala terengganu,
Belikan saya sekérék nisan,
Telah datang hari dirindu,
Di Aidil Adha mohon kemaafan.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, October 5, 2014 1 orang royak doh

Dari Kemaman berjalan ke Besut,
Kembara daerah serata negeri,
Tahun keempat kini disambut,
Journey Terengganu pantun berseni.

Bualan berbeza setiap daerah,
Tetap kami saling fahami,
Terima kasih terus berziarah,
Kembara Terengganu moga kunjungi.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, April 8, 2014 0 orang royak doh


Tahun 2014 telah bermula
Melawat Malaysia sana dan sini
Mari Teranung hati berbunga
Jupe mung di nung jemputan kami

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, January 2, 2014 1 orang royak doh

Senyum dengor lagu ning.

Klik pautan di bawah ini.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, January 1, 2014 0 orang royak doh

Guane gamok orang kite
2013 Melawat Teranung
Tahung lepah macang-macang cerite
2014 jom jupe mung di nung!

2.0.1.4 Tahun Melawat Malaysia.

Ya Allah. Kurniakanlah kerahmatan dan kesejahteraab kepada bumi Malaysia ini. Amin.

Imbauan oleh/Posted by AWANG 0 orang royak doh

Lime puluh nang,
Dulu kite bukang tahu pung,
Kite dok tahu pung,
Guane-guane tok nenek idup jamang dulu, dok dang nok mikir pung.

Lime puluh nang,
Kite hanye dengor cerite tok, cerite tokki,
Kite hanye dengor cerite mok ayoh kite,
Tu pung kalu mok ayoh dang jamang jepung.
Dok dang jugok nok mikir mende-mende kite ni.

Lime puluh nang,
Cerite tok nusuk dalang kubu bawoh tanoh,
Cerite tokki susoh kije cari makang,
Cerite susoh itu ini,
Dok dang jugok kite nok mikir lening (sibuk maing facebook,tweeter dan blog macang aku sedang taip ni)

Lime puluh nang,
Bace buku je kite tahu,
Buku sejaroh hok British tulih, Jepung tulih, orang kite tulih,
Hok tu je kite dapat tahu,
Bia pung orang kate sejaroh ditulih orang yang menang,
Hok tu la jadi rujukkang kite,
Gane-gane pung cerite lisang kite kene dengor ambik iktibar jugok,
Mungking ade rahsia dalam cerite lisang orang tua-tua kite,
Bia pung cerite tu langgor adab etika menilai sejaroh,
Mungkin ade benor cerite tok nenek orang tua.

Lime puluh nang,
Doh Lime puluh nang tahun doh kite merdeka,
Jangang pulok kite tengok saje buku tulis anok kite
Di belakang bukang ada sifir sahaje,
Tapi ada Rukun Negara,
Jangan tengok aje,
Tapi dok tahu ke bende,
Dok dang jugok nok mikir,
Kalu kite tengok saje...

Hayati Kemerdekaan yang ke 56 : 31 Ogos 2013 dan Selamat Hari Malaysia : 16 September 2013.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, September 16, 2013 2 orang royak doh


Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, August 8, 2013 0 orang royak doh

Lambuk Terengganu juadah berbuka
Rasanya lain penuh daunan
Penghulu bulan kini bermula
Cinta Ramadhan mohon amalkan

Imbauan oleh/Posted by AWANG Wednesday, July 10, 2013 0 orang royak doh

Unik! Kalau Mat Dan ini tak malu cakap Terengganu, apatah lagi kita yang jati diri begitu kuat dengan loghat kita. Dok gitu!

Tonton di sini :

Mat Salleh Cakap Loghat Terengganu SIRI I




Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, June 30, 2013 0 orang royak doh

Tiga puluh enam bulan purnama
Genapnya umur Kembara Terengganu
Terima kasih kepada semua
Kerana sudi ziarah bertamu

Tahun ini lawat Terengganu
Jangan lupa bertandang lagi
Terima kasih kepada tetamu
Pastikan terkenang berdialek NG



Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, April 8, 2013 0 orang royak doh

Kecik tuwék...



Tinggalan tiang opal jamang Bukit Besi. Kecik tuwéknye dari birra pata Kampung Sura Jetty.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, February 14, 2013 0 orang royak doh


Jutaan terima kasih kepada UPLOADER tersebut yang meletakkan ke dalam YOUTUBE.






Sila klik pautan ini :



Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, February 12, 2013 0 orang royak doh

Kedai ini menjual kayu keramat. Keramatkah kayu ini? Tidak! Bukan! Bukan kayu raja segala kayu. Bukan ibu segala kayu. Ini kayu keramat a.k.a CAKOI-kalau di sebelah Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Sejenis kuih di Terengganu-boleh menjadi sarapan pagi, juadah petang, malam pun buleh cicah air milo atau teh susu (teh). Tengahari belum menjadi juadah-tetapi kalau balik kampung di Terengganu aku makan aje. 

Kiriman gambar dari sahabat aku-kedai yang menjual sajian ini katanya terletak di wilayah Kampung Pak Tuyu dengan Kampung Gong Pak Jin. Aku pun tidak mahir di wilayah sana. Kalau ada pembaca yang mahir di wilayah mana kedai ini mungkin boleh membantu memberitahu wilayah letaknya kedai ni.

Kedai Kayu Keramat. Memang Kaw!

Entri sebelum ini-pautan ke Hollywood of Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Monday, January 7, 2013 2 orang royak doh

Selamat datang weiii...




Imbauan oleh/Posted by AWANG Tuesday, January 1, 2013 0 orang royak doh

Sate ikang batu buruk
Kuoh pedah kuoh manih
Lame dok jupe jadi kemaruk
Dang jupe makang dok khelih



Sate Ikan Pantai Batu Burok Ogos 2012.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, December 30, 2012 0 orang royak doh

Beberapa hari lagi Tahun Melawat Terengganu akan tiba...


Billboard Ketibaan Domestik KLIA.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, December 29, 2012 0 orang royak doh


Berape ekor tahung ning? Mejik mane? Wak kak ane? Berapa riya sebahagiang?

Itulah dialog-dialog bila tiba Hari Raya Aidil Adha di Terengganu. Di tempat lain pun sama, cuma ikut slanga masing-masing.

Makan rojok kateh sedak gok ning?

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada pengunjung Blog @Dungun dan Journey Terengganu.

Imbauan oleh/Posted by AWANG Friday, October 26, 2012 0 orang royak doh

Nasi Dagang hidangan tetamu
Kuah Aye belimbing begitu enaknya
Mohon maaf dari aku
Selamat Aidil Fitri untuk semua

Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, August 19, 2012 0 orang royak doh


Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, July 21, 2012 0 orang royak doh

Dalam pencarian di dalam internet, sesawang menyatakan logo di atas ini merupakan logo rasmi Tahun Melawat Terengganu 2013. Logo ini ada persamaan sedikit dari segi warna dengan logo Tahun Melawat Terengganu 2008 dan penyunya ada persamaan sedikit dengan ikon Tourism Terengganu. Logo terbaru ini masih meletakkan penyu sebagai asas dan maskot utama, disertakan dengan ukiran kayu, dan ikon-ikon lain seperti kapal layar, matahari terbit/terbenam, laut biru tua dan muda. Ini semua pendapat aku berdasarkan apa yang aku lihat pada logo ini. Logo ini dengan warna yang cerah dan cher'lla-kata orang Terengganu bermaksud warna yang menyerlah dan silau, sesuai dengan menggambarkan keceriaan dan kegembiraan melancong di negeri Terengganu.


Tapi hatiku masih terikat dengan logo tahun 1997. Find yourself in Terengganu, Jupe Mung Di nung...




Imbauan oleh/Posted by AWANG Sunday, July 1, 2012 0 orang royak doh

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir