Rumah kayu berserambi besar,
Tempat teduhan anak-anak mengaji,
Rumah Bujang Berserambi Berselasar,
Itulah rumah nama diberi.

Emosi dan mood pantun penulis menukilkan gambaran rumah lama ini. Hayati maklumat daripada Muzium Negeri Terengganu :

Pemilik asal rumah ini ialah Tuan Haji Abdul Kadir atau lebih dikenali dengan panggilan Syeikh Abdul Kadir Kolam. Rumah ini dipercayai telah dibina pada tahun 1885 oleh anak-anak murid beliau secara bergotong-royong.

Selain daripada ruang ibu dan berserambi, rumah ini ditambah dengan satu lagi ruang yang dinamakan SELASAR yang berfungsi sebagai ruang untuk mengajar mengaji, menjahit pukat atau jala dan aktiviti-aktiviti yang banyak melibatkan kaum lelaki. Sebahagian dinding rumah ini dihiasi dengan ukiran dan lubang-lubang angin.

Rumah ini telah dihadiahkan kepada Muzium Negeri Terengganu oleh Tuan Haji Hashim Bin Mohamad pada tahun 1997 dan didirikan semula di tapak ini pada tahun 1997.

Di bahagian tepi rumah yang berdinding kayu dan ada sentuhan ukiran dan lubang-lubang angin.


Anak tangga ke pintu masuk utama rumah yang unik dan kemas seninya.


Di bahagian sisi dan belakang rumah.


Di bahagian belakang rumah dan kelihatan tangga yang sama bentuknya dengan ruang hadapan.

Terengganu penuh budaya salam,
Tersohor dunia seni budaya,
Tamat sudah jejak rumah silam,
Nantikan lagi paparan kota...

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, May 27, 2010

3 orang royak doh

  1. ambenoqreteq Says:
  2. ambe tringak jamang kechek2..

     
  3. nor Says:
  4. Selamat sejahtera,
    Saya ingim meminta kebenaran untuk menggunakan foto Rumah Bujang dalam blog ini dalam buku teks terbitan KPM. Saya harap dapat feedback tuan dengan segera. terima kasih.

     
  5. Syuhadah Says:
  6. boleh saya tahu di mana lokasi rumah ini?

     

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir