Anok kang. Pernahkah kita tengok adik-adik kita bermain satu keping kertas yang mempunyai pelbagai gambar dikoyak mengikut urat potongan yang telah dicetak? Satu keping kertas yang mempunyai gambar perempuan, baju-baju pelbagai warna, corak dan fesyen, kasut pelbagai jenis, beg tangan serta aksesori wanita yang lain. Kertas keras ini dibeli dengan harga 20 sen di kedai runcit. Itulah Anok kang. Mungkin orang di luar Terengganu memanggilnya main patung kertas?

Permainan ini bukanlah satu permainan yang terlalu tradisional untuk rakyat Terengganu tetapi ia boleh dikatakan permainan yang klasik pada zaman moden. Kanak-kanak perempuan biasanya bermain dengan adik-beradik perempuan yang lain atau kawan kanak-kanak perempuan yang lain. Biasanya mereka bermain di dalam rumah atau di serambi rumah (rumah-rumah lama Terengganu banyak mempunyai serambi yang luas dan lebar).

Permainan kanak-kanak perempuan ini adalah pengganti kepada kemahalan anak patung Barbie yang sungguh mahal pada satu ketika dahulu. Anak-anak kampung rasanya sudah cukup gembira dengan permainan anok kang ini. Boleh mengganti pelbagai baju, kasut dan aksesori yang lain. Perkataan Anok kang ini mungkin adalah dari perkataan anak-anakkan disebabkan ini adalah permainan kanak-kanak perempuan.



"Jadi sekarang ada lagikah Anok kang dijual di kedai runcit? Rasa macam tidak".

Imbauan oleh/Posted by AWANG Saturday, July 24, 2010

3 orang royak doh

  1. cplud miera Says:
  2. uhuhuh. mmg masih ade lg permainan ni. sy tgk kazen yg duk melaka duk maen. tnye dorg paggil mende permainan tu, tp dorg ckp xtau ape name. juz main jer. uhuhu

     
  3. syera Says:
  4. saya membesar dengan anok kang. selalu main anok kang dengan cplud miera. hehe~

     
  5. AWANG Says:
  6. cplud miera dan syErAh,

    Terima kasih cplud miera dan syErAh kerana menjengah ke sini, rupanya ada lagi mainang anok kang ini, mainang budok-budok jamang dulu-dulu, kertah kerah belakang warna kelabu, kena air habih rosok belilah baharu, mitok pitih mok pulok kerut dahi buak dok tahu...huhuhu padang muke kamu...

     

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir