Bukan filem bukannya wira,
Tempat singgah tempat makan,
Keropok 007 diberi nama,
Dicicah sos sedap kudapan...



Kedai Keropok 007 yang terletak di tepi jalan Kuantan - Kuala Terengganu. Jika dari arah Kuantan kedai ini terletak di sebelah kiri anda - dalam kawasan Kuala Ibai.


Keropok tanpa rebus yang terus digoreng - ranggup sekali!


Keropok Lekor adalah seumpama sushi bagi orang Jepun. Ia merupakan jajan (junkfood) bagi rakyat Terengganu seumpama juga kanak-kanak kecil yang inginkan twisties, atau makan ringan yang lain. Di seluruh daerah dalam negeri Terengganu, perusahaan penjualan keropok ada di mana-mana dan merupakan satu keutamaan dalam negeri ini. Sejarah asal-usul keropok ini elok dijalankan dan dibukukan kerana mungkin generasi sekarang mahupun zaman selepas merdeka tidak mengetahui asal-usul keropok lekor.

Penulis pernah mendapat maklumat bahawa keropok lekor juga ada diusahakan dan dijual di Kepulauan Sulawesi, Indonesia, dan mungkin ini satu hubungkait yang boleh dikaji. Mungkin hubungan kerajaan Kesultanan Melayu Terengganu pada waktu dahulu serta hubungan dagang memungkinkan keropok lekor ini adalah hasil idea bersama ataupun pemindahan budaya serta masakan menjadikan Terengganu hanya negeri yang menghasilkan keropok. Ataupun memang keropok ini adalah makanan rasmi tradisi ciptaan rakyat tempatan Terengganu. Semuanya boleh dikaji.

Bercerita tentang keropok lekor, anda pastinya mengingatkan Keropok Losong di mana Kampung Losong menjadi pusat perusahaan keropok dan penjualan keropok lekor. Penulis pula ingin berkongsi citra rasa keropok di tempat lain iaitu di Kuala Ibai, Kedai Keropok 007. Sebenarnya di Terengganu khasnya di kawasan bandar Terengganu , kedai-kedai menjual keropok dinamakan dengan nombor seperti kedai Keropok 007 di Kuala Ibai. Itulah yang unik dan pelik. Mungkin untuk memudahkan orang mengingatkan kedai-kedai yang menjadi pilihan . Setiap pembeli mungkin dan pasti mempunyai kedai pilihan tersendiri.



"Mari mengkaji asal-usul keropok lekor ini."

Imbauan oleh/Posted by AWANG Thursday, July 8, 2010

1 Responses to Keropok Lekor

  1. Wan Says:
  2. Tahun 80 an dulu ada terbaca kajian dari USM klu tak silap. Dorg buat kajian asal keropok mula2 dibuat di sebuah kampung(lupa nama kampung tu) di wilayah Narathiwat selatan Thai. Masa tu dorg siap tunjuk photo kampung tersebut.

     

Post a Comment

Subscribe here

TERENGGANU

ترڠڬانو

Penulis/The Writer: Awang

Menjejak warisan, tradisi, seni budaya, dialek dan citra pesona Terengganu. Kembara bersama Journey Terengganu

Journey Terengganu Icon

Kata Terengganu : Terengganu's Words

Seni Lagu Pantun Kanak-Kanak Terengganu

The Old Bukit Besi & Dungun

Komen Mutakhir