Penulis ingin berkongsi maklumat ringkas tentang maklumat negeri Terengganu Darul Iman dalam maklumat dan fakta yang ringkas dan mudah difahami. fakta-fakta yang dilampirkan ini merupakan satu panduan kepada para pelancong untuk memahami secara ringkas keadaan negeri Terengganu sebelum atau sedang melancong ke negeri ini. Di antaranya ialah :
Pemerintahan.
Di bawah kuasa Sultan yang merupakan Kuasa Pemerintah Tertinggi Negeri.
Sultan Terengganu sekarang ialah Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Sultan Terengganu sekarang ialah Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Ketua Kerajaan Negeri
Ketua Kerajaan Negeri adalah dilantik dari kerajaan parti yang memerintah dan ia dinamakan sebagai Menteri Besar. Menteri Besar Terengganu sekarang ialah Datuk Seri Ahmad Said.
Keluasan.
12,955 kaki persegi dan garisan pantai sepanjang 244 km.
Ibu Negeri.
Kuala Terengganu yang terletak di muka muara tepi Sungai Terengganu.
Kerajaan Lama & Kota Lama.
Foloan (Kuala Berang), Perimula (Kuala Terengganu), Kole (Kemaman), Dungun (Dungun), dan Paka (Paka).
Daerah.
Besut. Setiu. Kuala Terengganu. Hulu Terengganu. Marang. Dungun. Kemaman.
Populasi.
Anggaran dalam 927,000 - 95% adalah Melayu, dan selebihnya adalah Cina, India dan lain-lain bangsa.
Agama.
Agama Islam sebagai Agama Rasmi.
Bahasa.
Bahasa Melayu dengan loghat/slanga/dialek mengikut daerah akan tetapi banyak perkataan hampir sama cara sebutan dan maknanya. Ia banyak dituturi oleh bangsa Melayu dan bangsa-bangsa bukan Melayu yang merupakan penduduk tempatan di negeri ini amat mahir dalam menutur bahasa pasar atau dialek negeri Terengganu. Itulah keunikan negeri Terengganu.
Penggunaan Kuasa Elektrik.
Voltage antara 220-2140 volts A/C dalam kitaran 50 per saat.
Cuaca.
Pada cuaca cerah biasa suhunya antara 26 darjah celcius-33 darjah celcius. Musim Tengkujuh yang mengalami hujan yang banyak dan banyak kawasan digenangi air bermula antara bulan September hingga Disember, kadang-kala menjangkau ke bulan Januari tahun ke hadapan.
Hari Bekerja.
Ahad hingga Khamis. Jumaat dan Sabtu adalah hari rehat hujung minggu.
Etika Berpakaian.
Rakyat Terengganu begitu utuh dalam berpegang dan mengikut ajaran Agama Islam dan adat Melayu yang kuat serta mengekalkan pemakaian mengikut ajaran Agama Islam. Pelancong-pelancong tempatan atau asing dinasihati berpakaian dalam keadaan yang sopan ketika berada di negeri ini.
Etika Berpakaian.
Rakyat Terengganu begitu utuh dalam berpegang dan mengikut ajaran Agama Islam dan adat Melayu yang kuat serta mengekalkan pemakaian mengikut ajaran Agama Islam. Pelancong-pelancong tempatan atau asing dinasihati berpakaian dalam keadaan yang sopan ketika berada di negeri ini.
Saya nak tambah.
Kuala Terengganu juga dikenali sebagai nama Palimol dan Seribung (Cirebon) Kota Mengkuang. Nama cirebon ini digunakan di zaman Sultan Terengganu kedua, Sultan Mansur Ibn Sultan Zainal Abidin I. Menariknya ada satu bandar di Indonesia dinamakan Cirebon Kota Udang. Saya tak tau kaitan antara dua kota ni, tapi macam menarik juga.
Saya gunakan nama Palimol pada blog saya. hehe
Saya gunakan untuk nama blog saya sekarang.
Terima kasih saudara, saya pun pernah mendengar gelaran Ceribon pada nama Terengganu ini, nampaknya saudara mempunyai pengetahuan yang bagus, moga dapat lagi dikongsi di sini. Ceribon itu kalau tak silap adalah di Pulau Jawa, Indonesia, mungkin kaitan sejarah Kesultanan Terengganu dahulu dengan Kerajaan Jawa dan hubungan rakyat memungkinkan nama ini digunakan sementelah orang-orang Terengganu ramai berasal dari Ranah Minang, Jawa, Bugis dan lain-lain etnik Melayu akan tetapi tidak mengamalkan adat dan bahasa tersebut melainkan Bahasa Melayu Terengganu juga yang ada juga kosa katanya diambil pinjam dari bahasa-bahasa etnik-etnik tersebut.
Saya pun daftar blog saya join petandingan Blog Pelancongan. Sebab tu saya chop dulu pakai nama Palimol/Primula/KT.
Artikel sebelum ni saya banyak cerita pasal Terengganu. Tapi sebab saya selitkan benda tak berkaitan, nama saya digugur. haha
Saudara Palimol, gitu ceritanya tapi saya ingin bertanya adakah Ceribon Kota Udang atau Ceribon Kota Mengkuang?
kalu dok silak ambe,rakyat tranggnung mengikut banci terkini seramai 1.4 juta dang melayu 97% 3% laing2 bangsa cina,india,org asli..